Sunday, September 16, 2018

TIP BERCUTI DI HATYAI DENGAN MENAIKI KERETA

Hai, selamat datang ke blog saya, kali ini saya akan ceritakan sedikit pengalaman saya bercuti ke Hatyai dengan menaiki kenderaan sendiri, pada mulanya saya merasakan perjalanan menggunakan kenderaan sendiri agak sukar namun apabila setelah melalui sendiri pengalaman tersebut didapati perjalanan dengan kenderaan sendiri lebih mudah dan menjimatkan dan lebih murah berbanding menggunakan kenderaan awam seperti menaiki ETS, Kapal Terbang, Bas atau menaiki Van ke Hat Yai.
Sebelum saya menceritakan kepada anda cara untuk ke Hatyai menaiki kenderaan sendiri terlebih dahulu saya terangkan pintu-pintu masuk ke Hatyai dari Malaysia, terdapat beberapa pintu masuk jika hendak ke Hatyai iaitu :

Jalan Utara

1) Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam, Kedah.
2) Pintu Masuk Durian Burung, Kedah
3) Pintu Masuk Wang Kelian, Perlis
4) Pintu Masuk Padang Besar, Perlis
5) Pintu Masuk Bukit Berapit, Perak

Jalan Pantai Timur

1) Pintu Masuk Bukit Bunga, Kelantan
2) Pintu Masuk Rantau Panjang, Kelantan
3) Pintu Masuk Pengkalan Kubur, Kelantan.



Berdasarkan pintu masuk tersebut anda boleh memilih pintu masuk yang mana berdekatan dengan kawasan anda sekalian. Bagi saya pintu masuk yang yang berdekatan dengan Hatyai yang lebih mudah dan berdekatan dengan Hat Yai dari Malaysia ialah pintu Masuk Bukit Kayu Hitam yang mana dengan menaiki kenderaan sendiri jaraknya kurang 60 KM.

Langkah membawa masuk kenderaan ke Hatyai

Buat pengetahuan semua lesen memandu kenderaan Malaysia diterima pakai (Sah) untuk digunakan di Thailand, ini hasil MOU antara kedua-dua negara, oleh itu jika anda memiliki lesen kenderaan Malaysia anda tidak perlu menukar taraf ke International License (harga IL nie RM 150 untuk setahun, boleh dapatkan di JPJ).

1) Langkah pertama anda harus membeli insuran kenderaan bagi Negara Thailand, harganya RM 15 untuk tempoh 9 hari dan charge RM 25 akan dikenakan jika anda ingin pihak penjual insuran isi kan form2 keperluan untuk masuk ke Thailand yang mana borang tersebut  yang dikenali sebagai TM1, TM2, TM3 (better korang ambil pekej nie, takde la pening nanti di kaunter Imigresen). Masa korang beli insuran dia akan bagitahu korang step2 apa nk kena buat, time bila nk serah borang2 tersebut. Jadi jangan risau.




2) Bila korang pergi ke Kaunter Imigresen Malaysia korang just kena serah Passport korang dengan penumpang tanpa turun dari kereta just drive thru je.

3) Bila sampai ke Imigresen Thailand korang kena parking kereta betul-betul depan kaunter imigresen dan semua sekali kena turun dari kenderaan untuk cop passport dan borang TM 6 dan serah dekat dia borang TM 3 dan TM 4 (jangan lupa selit RM 2 bagi setiap Passport korang tue, kalau tak lambat la korang boleh masuk).

4) Selesai Kaunter Imigresen korang kena pergi pulak ke Kaunter Kastam (Time nie owner kenderaan kena pergi, yang lain boleh duduk dalam kereta tunggu) Thailand untuk tunjuk geran kereta (better geran kereta nama orang yang join trip, kalau tak kena buat surat kebenaran benarkan bawa kenderaan tersebut). Langkah di Kastam Thailand ada 2 step, pertama dia akan key in daftar kenderaan kita, time tue tunjuk geran dan insuran serta TM3 dan 4, Step kedua kita pergi cop borang TM3 dan 4 yang dikembalikan untuk dapat declaration form yang dicop oleh pihak kastam Thailand dan form tue kena serahkan time korang nak masuk balik ke Malaysia ( Kalau korang tak serah nanti kereta korang next time tak boleh masuk Thailand).

Apabila korang settle semua tue korang akan rasa lega dan boleh la bergerak dan menikmati percutian di Hatyai..

Selamat Bercuti Korang........